Ekonomi Perindustrian China Kekal Stabil dan Optimum pada 11 Bulan Pertama 2025

(CRI)Rabu 17 Disember 2025

Ekonomi perindustrian China terus mengekalkan momentum operasi yang stabil pada 11 bulan pertama tahun ini dengan nilai tambah industri berskala besar meningkat enam peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut China State Railway Group, dalam tempoh tersebut jumlah penumpang kereta api yang dicatat di seluruh negara mencapai 4.28 bilion, iaitu meningkat 6.6 peratus sekaligus mencatat rekod tertinggi bagi tempoh sama dalam sejarah.

Sementara itu, statistik yang dikeluarkan Biro Pos Negara menunjukkan jumlah penghantaran ekspres di seluruh negara sepanjang tempoh tersebut mencecah 180.74 bilion bungkusan, meningkat 14.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Video

Berita Berkaitan