- Lain-lain
China Teguh Orak Langkah ke Hadapan, Suntik Keyakinan Buat Dunia

Perutusan tahun baharu 2026 yang disampaikan Presiden China Xi Jinping menjadi tumpuan media antarabangsa, yang dianggap memperlihatkan keyakinan dan kekuatan negara Tembok Besar.
Keyakinan itu lahirnya daripada tekad China untuk memajukan pembangunan negara. Sebagai entiti ekonomi kedua terbesar dunia, China dijangka mencatat pertumbuhan pada kadar kira-kira lima peratus pada tahun 2025 dengan agregat ekonomi sebanyak 140 trilion yuan (RM81.2 trilion), sekali gus menyumbang kira-kira 30 peratus kepada pertumbuhan dunia.
Daripada pengambilan pekerjaan, usaha menjana pendapatan hinggalah kebajikan warga emas dan kanak-kanak, siri dasar yang dilaksanakan kerajaan berjaya meningkatkan tahap kepuasan serta rasa bahagia dan selamat dalam kalangan rakyat.
Seperti yang dinyatakan Presiden Xi dalam perutusan itu, asalkan setiap “keluarga kecil” menjadi bahagia, barulah China, “keluarga besar” kita dapat bangkit menjadi semakin kuat dan sejahtera.
Selaku negara membangun terbesar dunia, pembangunan China sudah pasti akan memangkin modenisasi di lingkungan sejagat.
Keyakinan itu lahirnya daripada sumbangan China kepada usaha menggalakkan kedamaian dan menambah baik tadbir urus global.
Sempena Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang berlangsung di Tianjin, Presiden Xi mengemukakan Inisiatif Tadbir Urus Global yang kini memperoleh sokongan daripada lebih 150 buah negara dan pertubuhan antarabangsa.
Keyakinan itu juga berasal daripada komitmen China untuk menjunjung keterbukaan dan kerjasama. Berdepan fahaman unilateralisme dan perlindungan, China menyarankan kolaborasi antarabangsa diperkukuh. Operasi kastam khas seluruh pulau di Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan yang dilancarkan pada akhir tahun 2025 memaparkan komitmen negara ini terus memperkasa keterbukaan yang bertaraf tinggi
Tahun 2026 merupakan tahun permulaan bagi pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 China. Presiden Xi dalam perutusan itu menekankan keperluan untuk memantapkan pembangunan berkualiti tinggi, memperkasa pembaharuan dan keterbukaan secara menyeluruh, menjana kemakmuran bersama seluruh rakyat demi membuka lembaran baharu keajaiban China.
Kata-kata beliau telah menggariskan matlamat pembangunan negara bagi tahun baharu, sekali gus menambah keyakinan buat rakyat.
China yang teguh mengorak langkah ke hadapan akan menyuntik lebih banyak keyakinan dan kekuatan kepada dunia.
- FTP Hainan akan Jadi Pintu Utama Keterbukaan Bertaraf Tinggi China - MFA
- Kumpulan Pertama Barangan Jalani Pelepasan Kastam Khas Hainan
- Operasi Kastam Berkecuali di FTP Hainan Bawa Manfaat kepada Global
- Hainan Laksana Penutupan Kastam Seluruh Pulau, Pacu Perdagangan Serantau
- Hainan 101: Bagaimana FTP, Kastam Khas Baiki Hidup
- Hainan 101: Mengapa FTP, Kastam Khas Begitu Cekap?
- Hainan 101: Kenali FTP, Kastam Khas
- China Komited Perluas Keterbukaan secara Berinisiatif
- China yang Terbuka, Berkongsi Peluang
- Artikel Xi Mengenai Keterbukaan Bertaraf Tinggi Diterbitkan dalam Jurnal Qiushi




