- Lain-lain
AS Perlu Hentikan Ancaman "Ambil Alih Greenland" - PM Denmark
(CRI)Isnin 05 Januari 2026
Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen pada Ahad mendesak Amerika Syarikat (AS) untuk menghentikan ancaman untuk "mengambil alih".
Beliau berkata, Washington tidak berhak mengambil sebarang wilayah yang dimiliki Denmark, dan perbincangan mengenai "Greenland diambil alih oleh AS" juga tidak "bermakna" pada ketika ini.
Untuk rekod, kenyataan itu dibuat susulan temu bual menerusi telefon mengenai tindakan ketenteraan Washington terhadap Caracas pada Ahad.
Dalam temu bual tersebut Presiden AS, Donald Trump turut memberi bayangan bahawa selain Venezuela, negara-negara lain turut berpotensi menjadi sasaran campur tangan AS, sambil berkata "AS memerlukan Greenland, itu pasti".
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang




