Trump Pertimbang "Pembelian" Greenland

(CRI)Khamis 08 Januari 2026

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan pasukan keselamatan negaranya sedang membincangkan secara aktif kemungkinan "pembelian" Greenland.

Demikian dinyatakan jurucakap Rumah Putih AS, Karoline Leavitt dalam sidang media pada Rabu.

Menyentuh mengenai bagaimana Washington akan mendapatkan Greenland, Levitt berkata, "Presiden akan mempertimbangkan semua pilihan, tetapi diplomasi sentiasa menjadi pilihan utama."

Pada hari yang sama, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata bahawa dia merancang untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai Denmark pada minggu depan bagi membincangkan perkara berkenaan.

"Setiap presiden sentiasa mempunyai pilihan untuk menggunakan kekuatan tentera, tetapi kami sentiasa cenderung menyelesaikan masalah dengan cara lain," katanya lagi.

Video

Berita Berkaitan