- Lain-lain
Makam Dinasti Tang Berisi Khazanah Ditemui di Xi’an

Foto tak bertarikh ini menunjukkan sebuah pasu poselin yang ditemui dalam makam Ma Sanniang, isteri pegawai tentera Dinasti Tang (618-907) Dong Shunxian, di Xi’an, provinsi Shaanxi, barat laut China. (Akademi Arkeologi Shaanxi/Disiarkan melalui Xinhua)
Ahli arkeologi di provinsi Shaanxi, barat laut China, telah menemui sebuah makam dari zaman Dinasti Tang (618-907), maklum Akademi Arkeologi Shaanxi, Selasa lalu. Makam tersebut dilaporkan mengandungi koleksi seramik, barangan gangsa, serta artifak emas dan perak.
Kerja penggalian dilakukan antara Januari 2022 hingga April 2024 di kamping Jiali yang terletak di daerah Chang’an di ibu provinsi, Xi’an, sebelum bermulanya sebuah projek pengubahelokan. Antara makam purba yang ditemui di tapak projek, satu yang dilabel M228 dikenal pasti sebagai tempat persemadian Ma Sanniang, isteri pegawai tentera Dong Shunxian. Ma dikebumikan pada tahun 698 Masihi.
Sebanyak 19 item atau set barangan pengebumian dibawa keluar, termasuk barang tembikar, gangsa, besi, emas dan perak, berserta objek-objek batu. Beberapa item emas dan perak yang ditemui menunjukkan mutu ketukangan yang luar biasa.
Menurut Shi Sheng, seorang kakitangan Akademi Arkeologi Shaanxi, kebanyakan daripada item emas dan perak itu ialah hiasan rambut kegunaan wanita atau pun bekas untuk menyimpan barang. Pasu dan cawan bertangkai perak dihiasi corak pokok anggur, gaya yang dipengaruhi wilayah-wilayah di barat. Ini mencerminkan kerancakan pertukaran budaya antara kawasan dataran di tengah China dan wilayah-wilayah di barat ketika itu.
Tambah Shi lagi, artifak emas dan perak ini tinggi nilainya dari segi penyelidikan, kerana menawarkan bukti material baharu untuk mengkaji interaksi budaya dan perdagangan antara China dan peradaban lain pada kemuncak Dinasti Tang.

Foto tak bertarikh ini menunjukkan sebuah cawan bertangkai perak yang ditemui dalam makam Ma Sanniang, isteri pegawai tentera Dinasti Tang (618-907) Dong Shunxian, di Xi’an, provinsi Shaanxi, barat laut China. (Akademi Arkeologi Shaanxi/Disiarkan melalui Xinhua)

Foto tak bertarikh ini menunjukkan sebuah cermin gangsa yang ditemui dalam makam Ma Sanniang, isteri pegawai tentera Dinasti Tang (618-907) Dong Shunxian, di Xi’an, provinsi Shaanxi, barat laut China. (Akademi Arkeologi Shaanxi/Disiarkan melalui Xinhua)

Foto tak bertarikh ini menunjukkan sebuah hiasan rambut emas yang ditemui dalam makam Ma Sanniang, isteri pegawai tentera Dinasti Tang (618-907) Dong Shunxian, di Xi’an, provinsi Shaanxi, barat laut China. (Akademi Arkeologi Shaanxi/Disiarkan melalui Xinhua)
- Ahli Arkeologi Jingdezhen Dedikasikan Lebih 40 Tahun Untuk Penyelidikan Seramik
- Kampung Purba di Shaanxi Terima Suntikan Daya Hidup Baharu
- Makam Prasejarah Ditemui di Pulau Hainan
- ‘Diari’ Penduduk Purba Berusia 7,300 Tahun Ditemui di Tapak Zaman Batu Baru Provinsi Anhui
- Penternakan Ulat Sutera Sumbang Kemakmuran Buat Kuanti Yanchuan
- Apabila Landasan Terbang Bertemu Relik: Muzium Lapangan Terbangan di Xi’an Hubungkan Masa Lalu dan Kini
- Artifak "Manuskrip Sutera Zidanku" Dikembalikan kepada China dari AS
- Pelajar China Sedia Hidangan Nasi, Guna Resipi Purba Berusia 2,000 Tahun
- Orang Ramai Tidak Lepaskan Peluang Nikmati Musim Bunga di Xi’an
- Teknologi Perkasa Pengurusan Gandum Musim Bunga di Xi’an




