Pembaharuan Tadbir Urus Global Semakin Mendesak Susulan Perkataan Trump Tolak Undang-Undang Antarabangsa

(CRI)Sabtu 10 Januari 2026

Satu tinjauan pendapat umum yang dilancarkan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) terhadap seramai 24,000 orang responden telah mendapati 93.5 peratus responden menganggap Amerika Syarikat (AS) yang mengamalkan “dasar unilateralisme” telah meletakkan dirinya sebagai pihak lawan masyarakat antarabangsa. Selain itu, 91.7 peratus berpendapat bahawa membaharui sistem tadbir urus global adalah hal mendesak.

AS telah mengumumkan menarik diri daripada 66 buah pertubuhan antarabangsa, sehari sebelum Presiden Donald Trump mengatakan “saya tidak memerlukan undang-undang antarabangsa”. Sehubungan hal ini, terdapat 84.1% responden beranggapan bahawa mereka tidak terkejut dengan tindakan AS ini, dan 88.9 peratus menganggapnya satu lagi langkah radikal di bawah prinsip "America First".

Selain itu, 93 peratus mengkritik tindakan AS itu memberi tamparan besar terhadap orde antarabangsa yang sedia ada serta keadilan dan kesaksamaan global, dan 88.3 peratus menyatakan bahawa tindakan AS tersebut sekali lagi mendedahkan ia sebagai negara kuasa besar gagal menggalas tanggungjawab yang serasi, malah menjadikan reputasinya terjejas teruk di arena antarabangsa. Tambahan pula, 88.5 peratus menganggap tindakan AS itu mencerminkan sikap negatifnya terhadap tadbir urus global.

Video

Berita Berkaitan