Syarikat China Dialu-alukan Labur dalam bidang Strategik Pembangunan Indonesia: Menteri Indonesia

(CRI)Ahad 11 Januari 2026

Indonesia mengalu-alukan kerjasama yang lebih mendalam dengan syarikat China dalam bidang strategik agenda pembangunan negara, seperti infrastruktur dan logistik berkualiti tinggi, industri hilir dan pembuatan, tenaga bersih dan boleh diperbaharui, ekonomi digital, keterjaminan makanan, penjagaan kesihatan dan pembangunan sumber manusia.

Demikian dinyatakan Menteri Koordinasi Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartato dalam perayaan ulang tahun ke-20 Dewan Perdagangan Indonesia-China yang diadakan di Jakarta, ibu negara Indonesia pada Jumaat.

Duta Besar China ke Indonesia, Wang Lutong berkata, China dan Indonesia yang sama merupakan negara membangun, ekonomi baharu dan kuasa utama dalam blok Selatan Global, mempunyai kepentingan strategik yang besar dan pengaruh yang mendalam di peringkat global.

Video

Berita Berkaitan