Manisan Diinspirasikan Daripada Budaya Tang Kini Hidup Kembali

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 12 Januari 2026
Manisan Diinspirasikan Daripada Budaya Tang Kini Hidup Kembali
Seorang kakitangan membuat manisan Tangguozi berbentuk teratai di Xi’an, provinsi Shaanxi, barat laut China, 9 Januari 2026. (Xinhua/Shao Rui)

Tangguozi, sejenis manisan yang diinspirasikan daripada budaya Dinasti Tang (618-907), menyerlahkan rekaan yang cukup halus dengan warna-warna yang terang, biasanya dihidangkan bersama teh. Snek istimewa itu kini hidup kembali pada zaman moden ini di kota Xi’an, provinsi Shaanxi, barat laut China.

Berbekalkan pengalaman membuat kuih yang bertahun lamanya, Li Huan kebetulan sahaja mendapat tahu tentang Tangguozi, dan menjadi pengasas bersama sebuah syarikat yang mengkhusus dalam perniagaan ini pada tahun 2020.

Li percaya, budaya tradisional merupakan sumber kreativiti yang tidak akan kering. Dia dan kumpulannya sering melawat muzium, mencari ilham daripada corak dan rekaan artifak dari Dinasti Tang. Mereka dengan telitinya menyesuaikan resipi dengan menggabungkan diet sihat dan cita rasa moden. Ini menjadikan produk Tangguozi keluaran mereka kian popular.

Li dan kumpulannya telah meluaskan pendekatan niaga mereka dengan memperkenalkan Tangguozi dan budaya teh Dinasti Tang pada acara pertukaran budaya domestik dan antarabangsa, malah menganjurkan bengkel untuk pelancong dan pelajar. Mereka turut menawarkan khidmat merancang acara dan melatih ketukangan, agar Tangguozi dan budaya Tang dapat menjadi lebih ketara dan dekat dengan orang biasa.

Foto menunjukkan manisan Tangguozi yang dibuat oleh kumpulan Li Huan di Xi’an, provinsi Shaanxi, barat laut China, 9 Januari 2026. (Xinhua/Shao Rui)
Li Huan (kiri), seorang kakitangan (tengah), dan seorang pelancong berbual-bual pada satu bengkel membuat Tangguozi di Xi’an, provinsi Shaanxi, barat laut China, 9 Januari 2026. (Xinhua/Shao Rui)
Seorang pelancong (kiri) belajar membuat manisan Tangguozi daripada seorang kakitangan pada satu bengkel membuat Tangguozi di Xi’an, provinsi Shaanxi, barat laut China, 9 Januari 2026. (Xinhua/Shao Rui)

Video

Berita Berkaitan