- Lain-lain
Industri Automotif China Raih Prestasi Cemerlang pada 2025

Industri automotif China terus menunjukkan daya tahan yang kukuh serta kedinamikan sepanjang tahun 2025 apabila mencipta lagi rekod baharu dalam jumlah pengeluaran dan jualan.
Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM) mengesahkan bahawa jumlah pengeluaran dan jualan kenderaan di China masing-masing melonjak sebanyak 10.4 peratus dan 9.4 peratus pada tahun lepas, dengan mencapai 34.53 juta unit dan 34.4 juta unit.
Prestasi luar biasa itu membolehkan China kekal menduduki tempat pertama di peringkat global untuk tempoh 17 tahun berturut-turut.
Sementara itu, kenderaan tenaga baharu (NEV) terus mendominasi pasaran tempatan dengan menyumbang lebih 50 peratus kepada jumlah keseluruhan jualan domestik.
Menurut data terkini CAAM, China mengeksport sebanyak tujuh juta unit kenderaan ke pasaran luar negara sepanjang 2025, antaranya NEV melepasi angka 2.6 juta unit, bertambah satu kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
Naib Setiausaha Agung CAAM Chen Shihua menyatakan bahawa industri automotif China terus mencapai kemajuan penting susulan tahap elektrifikasi, kepintaran dan perangkaian semakin diintegrasikan sehingga mewujudkan kelebihan tersendiri.
- China Catat Pengeluaran dan Jualan Kenderaan Lebih 15 Juta Separuh Pertama 2025
- Dinamika China | 6,297 Paten Ciptaan: Lonjakan Teknologi Dongfeng
- Pameran Auto Berlangsung di Seluruh China, Kenderaan Pintar dan NEV Jadi Trend
- Auto Shanghai Cerminan Keyakinan Pembuat Kereta Global Dalam Pasaran China
- Pengeluaran dan Jualan Automotif Meningkat 11.1% dan 11.7% di China
- Pameran Auto Guangzhou 2024 Pamerkan Barisan Model Mewah
- Sinergi Lebih Rancak Industri Automotif, Sasaran Henan
- Guangzhou Keluar Draf Undang-undang Pemanduan Autonomi
- Jenama Kenderaan Luar Jalan Raya Dari Guangxi Melonjak di Luar Negara
- "Transformers" alih kepada pembuatan kereta di Chongqing




