- Lain-lain
Barangan Premium China Dapat Sambutan di Pasaran Global
Syarikat eksport China giat memacu pembangunan inovatif sambil berusaha menyerasikan produk keluaran mereka dengan keperluan pasaran antarabangsa.
Naib ketua Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC), Wang Jun berkata barangan premium buatan China mendapat sambutan meluas di pasaran global pada tahun 2025.
"Sebagai contoh, menerusi pengintegrasian teknik pembuatan tradisional dengan budaya asing, syarikat China berjaya menghasilkan pokok porselin bercorak unik yang menjadi pilihan baharu untuk perhiasan hari perayaan di luar negara.
"Penyaman udara padang pasir yang diselidik dan dibangunkan syarikat perkakas rumah China masih boleh berfungsi dengan normal walaupun suhu udara di luar melebihi 60 darjah Celsius," katanya.
Menurut Wang, perdagangan produk kecerdasan buatan (AI) China juga menyaksikan perkembangan yang memberangsangkan pada tahun lepas.
Beliau memaklumkan bahawa jam tangan pintar serta mainan pintar buatan China laris dijual di lebih 170 negara dan wilayah.
Selain itu, robot pengangkut yang dilengkapi sistem penglihatan dan algoritma mampu mengelak halangan secara pintar, manakala robot pengimpal berupaya membuat perancangan terbaik berkaitan kerja kimpalan secara automatik.
Dua jenis robot tersebut kini memainkan peranan besar dalam projek infrastruktur mega di luar negara.
- Motosikal Roda Tiga Elektrik Buatan China Mengharum di Luar Negara
- Operasi Harian Tren Buatan China di Lagos, Nigeria
- Lihat Sepintas Rel Buatan China di Hanoi
- China Pusat Inovasi Menyasar Pasaran Global: Tinjauan Jerman
- Pengilang Fujian Hasilkan Pakaian Untuk Kegunaan di Olimpik Paris
- Jenama China Jadi Pendahulu Jualan Kereta di Sepanyol
- Temui Barangan Bergaya Buatan China | Alat Urut Gua Sha
- Temui Barangan Bergaya Buatan China | Kereta Penyapu Tanpa Pemandu
- Temui Barangan Bergaya Buatan China|Kasut Kain Tradisional Beijing
- Pempamer China Harumkan Nama Negara di Geneva




