China Kekal Pasaran Runcit Dalam Talian Terbesar Dunia Selama 13 Tahun Berturut-turut

(CRI)Khamis 15 Januari 2026

China mempertahankan kedudukannya sebagai pasaran jualan runcit dalam talian yang terbesar di duia selama 13 tahun berturut-turut.

Menurut Kementerian Perdagangan, dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-14, China memperkasakan pembangunan bermutu tinggi dalam industri e-dagang, memperkenalkan beberapa dasar dan langkah untuk merangsang penggunaan digital, aktiviti e-dagang di luar bandar, dan e-dagang rentas sempadan.

Di samping itu, China juga secara proaktif memperluas kerjasama di peringkat antarabangsa, dengan jumlah negara yang menjalin hubungan rakan “e-dagang Laluan Sutera” dengan China meningkat kepada 36.

Video

Berita Berkaitan