Majukan Hubungan China-AS Ke Arah Mantap, Sihat dan Lestari

(CRI)Sabtu 17 Januari 2026

Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS) Xie Feng berkata, China bersikap ikhlas dalam mengembangkan hubungan dengan AS. Namun China juga memiliki prinsip untuk dipertahankan dalam hal ini.

China sama sekali tidak akan berkompromi dalam isu penting seperti kedaulatan, keselamatan dan pembangunan negara.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Gala Tahun Kuda Dewan Perniagaan China AS yang diadakan di New York pada Khamis.

Xie berkata, kedua-dua pihak Tanah Besar dan Taiwan adalah satu China, manakala ancaman terbesar terhadap kedamaian di Selat Taiwan adalah aktiviti pemisahan “kemerdekaan Taiwan” serta hasutan dan sokongan kuasa luar.

Prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS merupakan satu-satunya asas kepada China dan AS untuk menangani isu Taiwan.

Xie berharap AS bergerak selaluan dengan China, melaksanakan dengan benar konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara di Busan untuk mendorong hubungan kedua-dua negara ke arah mantap, sihat dan lestari.

Video

Berita Berkaitan