Wang Yi Bertemu Setiausaha Luar Britain di Munich

(CRI)Sabtu 14 Februari 2026

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Luar Britain Yvette Cooper di luar Persidangan Keselamatan Munich (MSC) pada Jumaat.

Wang berkata Perdana Menteri Britain Keir Starmer telah melakukan lawatan bersejarah ke China baru-baru ini.

Presiden Xi Jinping dan PM Stamer bersetuju untuk membangunkan perkongsian strategik komprehensif yang stabil dalam jangka panjang antara kedua-dua negara, serta mencapai konsensus meluas mengenai kerjasama bilateral dan multilateral.

China mengalu-alukan syarikat dari Britain dan negara-negara lain datang melabur dan memanfaatkan platform seperti Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) bagi memperluas eksport ke China.

Wang turut berharap agar Britain dapat menyediakan persekitaran perniagaan yang adil, saksama dan tanpa diskriminasi untuk syarikat China.

Sementara itu, Cooper menyatakan Britain bersedia bekerjasama dengan China untuk menggerakkan dialog keinstitusian dalam pelbagai bidang, memperluas kerjasama melibatkan perdagangan, pelaburan, kewangan, iklim, keselamatan, teknologi hijau dan lain-lain, serta mengendalikan perbezaan dengan baik.

Video

Berita Berkaitan