Iran Kemukakankan Prasyarat Gencatan Senjata

(CRI)Jumaat 27 Mac 2026

Iran memberi respons rasmi terhadap cadangan gencatan senjata anjuran Amerika Syarikat (AS) melalui pihak pengantarapada Khamis.

Menurut sumber, dalam responsnya, Iran dengan jelas menyatakan bahawa pihak musuh mesti menghentikan serangan dan tindakan keganasan, syarat-syarat objektif mesti dicipta untuk memastikan peperangan tidak berulang lagi, komitmen untuk membayar pampasan perang mesti diberikan secara jelas dan dilaksanakan, selain semua kumpulan perlawanan yang terlibat dalam konflik di semua garis dan kawasan perlu menghentikan operasi mereka.

Iran menekankan bahawa kedaulatannya ke atas Selat Hormuz adalah hak semula jadi dan sah yang tidak boleh diubah, AS dan Israel perlu mengiktiraf serta memenuhi komitmen tersebut.

Video

Berita Berkaitan