Jepun akan Ambil Tindakan Tegas terhadap Suspek yang Ceroboh Masuk Kedutaan Besar China

(CRI)Jumaat 27 Mac 2026

Menteri Pertahanan Jepun Shinjiro Koizumi menzahirkan "rasa sangat kecewa" atas kejadian seorang pegawai Pasukan Pertahanan Diri Jepun (JSDF) menceroboh masuk ke kedutaan China di Tokyo, pada Jumaat.

Beliau berkata, anggota JSDF itu sepatutnya mematuhi undang-undang dan peraturan, dan berdisiplin.

Tegasnya, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap suspek berkenaan berasaskan keputusan siasatan.

Untuk rekod, individu yang mengaku diri sebagai pegawai JSDF menceroboh masuk ke Kedutaan Besar China di Tokyo pada pagi Selasa, dan mengancam akan membunuh diplomat China.

Kedutaan Besar China di Jepun telah mengeluarkan bantahan keras dan menggesa pihak Jepun menyiasat kejadian itu dengan menyeluruh.

Video

Berita Berkaitan