Kapasiti Simpanan TBB China Dijangka Melebihi 370 juta Kilowatt Menjelang 2030

(CRI)Jumaat 03 April 2026

Menurut Kertas Putih Pengajian Industri Penyimpanan Tenaga 2026 yang dikeluarkan China baru-baru ini, kapasiti simpanan Tenaga Boleh Baharu (TBB) dari utiliti yang terpasang di China akan melebihi 370 juta kilowatt menjelang tahun 2030, meningkat lebih 1.5 kali ganda berbanding tempoh penghujung pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-14 (2021-2025) Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan China.

China merekod 66 juta kilowatt dalam bidang kapasiti tambahan simpanan TBB pada tahun 2025 , yang diperkirakan meningkat 51.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Setakat penghujung tahun 2025, kapasiti simpanan TBB dari fasiliti yang sudah siap dibina dan beroperasi meningkat 84 peratus tahun ke tahun dengan mencapai 136 juta kilowatt, sekali gus mengukuhkan kedudukan di tempat pertama dalam ranking dunia.

Video

Berita Berkaitan