Pertumbuhan Ekonomi Asia Timur-Tenggara 2026 Dijangka Meningkat 4 Peratus

(CRI)Selasa 07 April 2026

Pejabat Penyelidikan Ekonomi Makro ASEAN+3 (AMRO) hari ini mengeluarkan satu laporan mengenai unjuran ekonomi rantau ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan pada tahun 2026.

Menurut laporan itu, pertumbuhan ekonomi di rantau itu dijangka pada kadar 4 peratus bagi tahun 2026 dan 2027. Serentak itu, laporan itu menunjukkan bahawa konflik di Asia Barat yang makin sengit dan bekalan sumber tenaga sejagat yang terjejas telah menjadi faktor-faktor yang berkemungkinan semakin besar menyebabkan prospek ekonomi di rantau Asia Timur-Tenggara menguncup.

Menurut laporan itu, pertumbuhan ekonomi rantau tersebut pernah mencatat 4.3 perataus pada tahun 2025, yang lebih tinggi daripada unjuran. Antaranya, permintaan terhadap semikonduktor yang dipacu oleh kecerdasan buatan menjadi pendorong penting bagi pertumbuhan eksport.

Video

Berita Berkaitan