Urusan Antara Tanah Besar dan Taiwan, Urusan Dalaman China

(CRI)Rabu 08 April 2026

Kedua-dua belah Selat Taiwan adalah sebahagian China. Penduduk di kedua-dua belah selat berkenaan adalah rakyat China dan sekeluarga. Urusan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan patut dibincangkan oleh ahli keluarga, dan penduduk di kedua-dua belah Selat Taiwan mempunyai kebijakan dan kemampuan untuk menyelesaikan masalah sendiri.

Jurucakap Pejabat Hal-ehwal Taiwan Dewan Negara China, Zhu Fenglian berkata demikian dalam sidang pada Rabu.

Beliau berkata, pihak Tanah Besar bersedia bersama pelbagai parti, golongan dan tokoh dari Taiwan termasuk parti Kuomintang China (KMT) untuk mendorong hubungan antara kedua-dua belah Selat Taiwan berkembang secara damai, mewujudkan situasi aman di selat berkenaan, sekali gus memberikan kesejahteraan untuk penduduk setanah air dan membina kebangkitan bangsa berdasarkan asas politik yang mempertahankan "Konsensus 1992" di samping menentang 'kemerdekaan Taiwan'.

Video

Berita Berkaitan