- Lain-lain
Beijing Rancang Bina Empat Zon Baharu pada 2026-2030

Orang ramai melawat pameran Musim Seni Awam Terusan Besar 2025 di Beijing, ibu negara China, 1 Oktober 2025. (Xinhua/Jin Liangkuai)
Beijing merancang membina empat zon baharu untuk kehidupan bandar antara tahun 2026 hingga 2030, dalam tempoh Pelan Lima Tahun ke-15.
Menurut pelan pembangunan yang diumumkan Rabu lalu, ini merupakan langkah penting untuk memenuhi peranan strategik Beijing sebagai ibu negara, di samping mengoptimumkan susun atur ruang.
Empat zon berkenaan akan dibina di sepanjang dua paksi utama Beijing – paksi tengah dan Lebuh Chang’an – serta laluan-laluan tambahan, sebagai usaha untuk mencorak semula fungsi bandar tersebut, kata seorang pegawai dari Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Bandar Beijing.
Di sebelah timur bandar, sebuah kawasan tepian air akan dibangunkan di sepanjang Terusan Besar, menyokong inisiatif Beijing memperkasakan pemuliharaan air serta menghidupkan warisan budaya dan perniagaan, sambil menambah baik fungsi dan kualiti ruang tepian air. Di sebelah barat pula, sebuah “ruang tamu bandar” tepian air akan dibina dengan “dua taman dan satu sungai”, meliputi Taman Ekso Taman Beijing, Taman Shougang dan kawasan Sungai Yongding.
Di selatan, satu “paksi masa depan” akan dibina di seksyen selatan paksi pusat, di lokasi Muzium Sejarah Semula Jadi China baharu dan balai pameran perancangan ibu kota akan dibina kelak. Di utara, kawasan sambutan bertemakan Olimpik akan dibangunkan, dengan penggunaan secara berkesan sumber tapak, kemudahan dan ruang yang pelbagai.
- Robot Manusia Makin Pintar Selepas Latihan “Sekolah Robot”
- Pertubuhan Data Dunia Mulakan Operasi di Beijing
- Sidang Tahunan Forum Zhongguancun 2026 Dirasmikan
- Pratonton Forum Zhongguancun 2026, Beijing
- Sajli Musim Bunga Baluti Kota Beijing
- Muzium Sains China Terima 3.5 Juta Pelawat Cuti TBC
- Robot, Pemangkin Transformasi Pintar Hospital Anzhen, Beijing
- Pokok Beijing Dipakaikan “Baju Sejuk” Berwarna-warni
- Panorama Tembok Besar Selepas Salji Turun di Beijing
- Beijing Rancak Bertemasya Ais, Salji




