- Lain-lain
Menteri Luar China, DPRK Adakan Pertemuan di Pyongyang

Menteri Luar China, Wang Yi menghadiri sesi perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Choe Son-hui di Pyongyang pada Khamis.
Dalam pertemuan tersebut, Wang berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-65 "Perjanjian Persahabatan, Kerjasama dan Bantuan Bersama China-Korea Utara".
Katanya China bersedia untuk bekerjasama dengan Korea Utara bagi menjayakan sambutan ulang tahun tersebut, selain memperkukuh pertukaran peringkat tinggi, mempererat dialog dan kerjasama dalam pelbagai bidang yang substantif.
Wang turut menekankan kepentingan memperluas pertukaran budaya serta meningkatkan persefahaman rakyat kedua-dua negara, sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial masing-masing.

Sementara itu Choe Son-hui menyatakan kesediaan pihak Korea Utara untuk bekerjasama rapat dengan China dalam melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin tertinggi kedua-dua negara, termasuk menjayakan sambutan ulang tahun ke-65 perjanjian berkenaan.
Ujarnya lagi, Korea Utara komited untuk memperkukuh pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang, meningkatkan penyelarasan antara kementerian luar kedua-dua negara serta memperkukuh kerjasama pelbagai hala.
Kedua-dua pihak turut bertukar-tukar pandangan secara mendalam mengenai isu semasa antarabangsa dan serantau.
- Lawatan Wang Yi ke DPRK, Perkukuh Hubungan Bilateral
- Xi Ucap Tahniah kepada Kim Jong Un Terpilih sebagai Setiausaha Agung Parti Pekerja DPRK
- PM Li Beri Penghormatan kepada Perwira China yang Terkorban Semasa Perang Korea
- Li Qiang Hadir Sambutan Ulang Tahun ke-80 Parti Pekerja Korea
- Li Qiang Bertemu PM DPRK di Pyongyang
- China Sedia Perkukuh Komunikasi Strategik dengan DPRK
- Xi Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-80 WPK
- PM Li Bakal Hadir Sambutan Ulang Tahun ke-80 WPK, Lawat DPRK
- PM Li Bertemu Menteri Luar DPRK
- Jasad Anggota Tentera Sukarela China Dibawa Pulang ke Tanah Air




