- Lain-lain
Ekonomi Serantau lebih Akomodatif Susulan Penubuhan Zon Perdagangan Bebas Mongolia Dalam

Dewan Negara China mengeluarkan 'Pelan Induk Zon Perdagangan Bebas China (Mongolia Dalam)' pada Khamis, sekaligus meningkatkan jumlah zon perdagangan bebas di negara ini kepada 23 zon.
Sebagai satu bekas benteng penting di sepanjang “jalan sutera padang rumput” dan “laluan panjang perdagangan teh” dalam sejarah silam, wilayah autonomi Mongolia Dalam yang mempunyai garisan sempadan sepanjang lebih 4,200 kilometer dan 20 buah pintu sempadan yang terbuka kepada luar sekarang ini, wujud sebagai satu hab strategik bagi pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekankan pembangunan bersama dan Koridor Ekonomi China-Mongolia-Rusia.
Sebelum ini, wilayah autonomi Mongolia Dalam sudah pun berada di tahap keterbukaan yang tinggi, terbukti dengan pelbagai perangkaan seperti berikut: jumlah import eksport di wilayah itu mencatat RMB220.67 bilion (RM128.14 bilion) bagi tahun 2025 yang merupakan satu rekod baharu dalam sejarah, kadar pertumbuhannya lebih tinggi 2.6 peratus daripada kadar purata di seluruh negara, dan perdagangan luarnya menjangkau ke 201 buah negara dan kawasan dengan 78.6 peratus mempunyai kaitan dengan mereka yang terlibat dalam pelaksanaan BRI.
Penubuhan Zon Perdagangan Bebas Mongolia Dalam berfaedah untuk meningkatkan kerjasama dengan negara-negara jiran dalam bidang substantif, mendorong pelaksanaan BRI dan memperincikan pembangunan Koridor Ekonomi China-Mongolia-Rusia yang dilihat kondusif bagi melancarkan 'kitaran domestik' dan 'kitaran domestik-antarabangsa'.
Menurut pelan induk itu, pelbagai projek rintis akan dilaksanakan di Zon Perdagangan Bebas Mongolia Dalam yang akan dibina menjadi pusat pertukaran maklumat, pusat pengangkutan dan logistik, pusat pengagihan sumber berelemen, pusat inovasi sains dan teknologi utama dan pusat kerjasama industri, yang kesemuanya mudah diakses dan bermanfaat bagi mendorong perkembangan ekonomi tempatan sehingga menjadi lebih berkualiti.
Dengan latar belakang konflik geopolitik makin sengit dan risiko logistik global terus meningkat, peranan Mongolia Dalam sebagai satu-satunya wilayah China yang memiliki koridor timur dan koridor tengah Laluan Kereta Api Kargo China-Eropah yang digelar “laluan emas”, menjadi semakin menonjol.
Pada tahun 2025, perkhidmatan Laluan Kereta Api Kargo China-Eropah merekodkan 9,557 perjalanan yang keluar masuk China melalui Mongolia Dalam, meningkat 16.9 peratus tahun ke tahun.
Dengan adanya Zon Perdagangan Bebas Mongolia Dalam yang baru ditubuhkan itu, “laluan emas” yang menghubungkan China, Mongolia, Rusia bahkan Eropah akan menjadi lebih bercorak dan akomodatif dalam landskap perdagangan dunia.
- China Tambah Lagi Zon Perdagangan Bebas, Luluskan Pelan Untuk Mongolia Dalam
- Aroma Tenusu, Pencetus Inovasi di Mongolia Dalam
- Pesta Ais dan Salji Nadam ke-21 Buka Tirai
- Renjer di Hutan Mongolia Dalam Curah Bakti Lebih Enam Dekad Hijaukan Gunung Tandus
- Pemandangan Musim Luruh di Mongolia Dalam, Utara China
- Pengembala Bawa Ternakan Berhijrah, Guna Kemudahan Moden di Mongolia Dalam
- Mongolia Dalam Pupuk Pendorong Pertumbuhan Baharu, Majukan Pembangunan Berkualiti Tinggi
- Pesta Nadam Dibuka dengan Pertunjukan Ekuestrian di Mongolia Dalam
- Panorama Taman Tanah Basah Mianduhe, Hulur Buir
- China Capai Kemajuan Penting Dalam Isu Kemerosotan Padang Rumput




