Menteri Luar China, Pakistan Adakan Perbincangan Telefon

(CRI)Selasa 14 April 2026

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon dengan Timbalan Perdana Menteri Pakistan merangkap Menteri Luar, Mohammad Ishaq Dar pada Isnin.

Dalam perbualan telefon itu, Dar telah memaklumkan usaha pengantaraan Pakistan bagi mendorong rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS).

Beliau turut menyatakan kesediaan pihaknya merapatkan komunikasi dan koordinasi dengan China untuk bersama-sama memainkan peranan positif bagi mewujudkan keamanan rantau.

Sementara itu, Wang menekankan peri pentingnya mengekalkan momentum gencatan senjata yang bukan mudah dicapai.

Beliau menyeru komuniti antarabangsa supaya memperkasa usaha menggalakkan rundingan damai serta menentang sebarang tindakan yang boleh menjejaskan gencatan senjata atau menjadikan konfrontasi bertambah buruk.

China mengalu-alukan Pakistan memainkan peranan lebih besar dan bersedia bersinergi dengan masyarakat antarabangsa untuk terus menyumbang kepada pemulihan keamanan di rantau Asia Barat seawal mungkin, katanya.

Video

Berita Berkaitan