CICPE Terajui Perbelanjaan Global

(CRI)Rabu 15 April 2026

Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) edisi keenam berlangsung di bandar Haikou, provinsi Hainan mulai Isnin.

Sebagai pameran peringkat negara pertama yang bertemakan produk pengguna premium di China, CICPE 2026 menyaksikan penyertaan lebih 3,400 jenama dari lebih 60 negara dan wilayah.

Antaranya produk asing mewakili 65 peratus daripada keseluruhan produk yang dipamerkan, meningkat 20 peratus berbanding edisi sebelumnya.

Di samping itu, lebih 200 produk baharu akan dilancarkan sempena ekspo kali ini.

Acara berkenaan turut mencuri perhatian dengan menampilkan pengintegrasian antara teknologi dan sektor perbelanjaan.

CICPE bukan sahaja menyediakan wadah untuk produk asing menembusi pasaran China, tetapi juga memberi peluang bagi memperkenalkan 'buatan pintar' negara ini kepada dunia.

Video

Berita Berkaitan