IMF Turunkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Global

(CRI)Rabu 15 April 2026

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global bagi tahun 2026 kepada 3.1 peratus susulan konflik di Asia Barat.

Dalam laporan World Economic Outlook yang dikeluarkan pada Selasa, IMF menyatakan unjuran tersebut adalah lebih rendah 0.2 peratus berbanding unjuran pada Januari lalu.

Laporan tersebut turut menyatakan sekiranya peperangan dan harga minyak tinggi berterusan untuk tempoh yang lebih lama, pertumbuhan ekonomi global bagi tahun ini dijangka akan turun ke paras 2.5 peratus, manakala kadar inflasi global dijangka meningkat kepada 5.4 peratus.

Dalam keadaan ekstrem, pertumbuhan ekonomi global tahun ini berkemungkinan merosot kepada dua peratus.

Video

Berita Berkaitan