PLA Mulakan Latihan Rutin di Pasifik Barat

(CRI)Isnin 20 April 2026

Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) pada Ahad menghantar formasi kapal 133 melalui Laluan Yokoate sebelum menjalankan latihan di perairan Pasifik Barat, bagi menguji keupayaan tempur pasukan berkenaan di laut lepas.

Jurucakap Komando Teater Timur, Kolonel Kanan Xu Chenghua berkata latihan berkenaan merupakan sebahagian daripada latihan rutin yang dilaksanakan mengikut pelan tahunan.

Beliau menegaskan bahawa latihan itu selaras dengan undang-undang dan amalan antarabangsa, dan tidak menyasarkan mana-mana negara atau entiti tertentu.

Video

Berita Berkaitan