- Lain-lain
Pertemuan Xi, Trump Tingkat Persefahaman, Perkukuh Kerjasama - MFA
Interaksi antara pemimpin China dan Amerika Syarikat (AS) telah meningkatkan persefahaman, mengukuhkan kepercayaan bersama dan mempererat kerjasama pragmatik kedua-dua negara, sekali gus menyuntik kestabilan dan kepastian yang sangat diperlukan kepada dunia.
Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Luar (MFA) China semasa taklimat media di Beijing pada Jumaat.
Jurucakap itu berkata Presiden Xi Jinping dan Presiden Donald Trump mencapai persepakatan mengenai visi baharu bagi membina hubungan China-AS berteraskan kestabilan strategik yang konstruktif.
Visi baharu itu memberikan panduan strategik untuk hubungan bilateral dalam tempoh tiga tahun akan datang dan seterusnya.
Ia akan mendorong hubungan dua hala berkembang secara stabil, sihat dan mampan serta membawa keamanan, kemakmuran dan kemajuan untuk dunia.
Menurut beliau, kedua-dua pemimpin juga mencapai konsensus penting dalam usaha menangani keprihatinan satu sama lain dengan baik, selain sepakat memperkukuh komunikasi dan koordinasi mengenai isu antarabangsa dan serantau.
- China, AS Boleh Pacu Pembangunan Masing-masing Menerusi Pemerkasaan Kerjasama - Xi
- Trump Akhiri Lawatan di China
- Usahawan AS Optimis Peluang Dijana Pasaran China
- Perdana Menteri China Bertemu dengan Wakil Industri dan Perniagaan AS
- China Sedia Perluas Bidang Kerjasama dengan AS: MOFCOM
- Xi, Trump Adakan Pertemuan Skala Kecil
- China, AS Sepakat Bina Hubungan Berteraskan Kestabilan Strategik yang Konstruktif
- Xi Anjur Jamuan Malam Sambut Kedatangan Trump
- Xi, Trump Lawat Taman Tiantan
- Xi Bertemu Usahawan AS




