Ekonomi China Kekal Stabil pada Januari hingga April 2026

(CRI)Isnin 18 Mei 2026

China mencatat pertumbuhan ekonomi yang stabil bagi tempoh Januari hingga April 2026, hasil perlaksanaan dasar makro yang lebih proaktif dan berkesan.

Jurucakap Biro Statistik Negara pada Isnin berkata kerajaan memberi tumpuan kepada usaha menstabilkan pekerjaan, perusahaan, pasaran dan jangkaan ekonomi, sekaligus menyokong pertumbuhan berkualiti tinggi.

Menurut beliau, pengeluaran industri dan bekalan terus berkembang secara stabil, jualan pasaran meningkat manakala perdagangan luar menunjukkan daya tahan yang kukuh.

Dimaklumkan,Indeks Pengeluaran Perkhidmatan Negara naik 4.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, jumlah runcit barangan pengguna pula mencecah RMB16.494 trilion (RM9.624 trilion), menokok 1.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Manakala, jumlah import dan eksport barangan mencapai RMB16.225 trilion (RM9.467 trilion), melonjak 14.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Video

Berita Berkaitan