- Lain-lain
Nilai Keseluruhan Industri Ruang-masa BeiDou Lebihi RMB1.3 Trilion
Nilai keseluruhan industri ruang-masa BeiDou China mencapai RMB1.3323 trilion (RM777.4 bilion) pada tahun 2025.
Antaranya industri navigasi satelit, iaitu sektor tunggak dari industri ruang-masa BeiDou, merekodkan nilai keseluruhan sebanyak RMB629 bilion, menokok 9.24 peratus tahun ke tahun.
Demikian maklumat menurut kertas putih mengenai Pembangunan Industri Ruang-Masa BeiDou China 2026 yang dilancarkan GNSS and LBS Association of China (GLAC), pada Isnin.
Industri ruang-masa BeiDou ialah sistem perindustrian komprehensif yang berteraskan Sistem Satelit Navigasi BeiDou (BDS), menggabungkan pelbagai teknologi seperti maklumat geografi penderiaan jauh, telekomunikasi mudah alih, penentududukan dalam bangunan, dan lain-lain.
Pada masa ini, China telah berjaya membina rantaian industri dan rantaian bekalan BeiDou yang lengkap, meliputi cip, modul, antena, terminal hingga integrasi sistem dan perkhidmatan aplikasi.
- Sistem Pandu Arah BeiDou China: Laluan Unik Inovasi Kendiri
- BDS Mula Digunakan untuk Penerbangan Awam Antarabangsa
- Penggunaan Sistem Beidou Makin Meluas
- China Kongsi Pencapaian Industri Navigasi Satelit
- Satelit Infrastruktur Angkasa Lepas China di Orbit Kini Lebih 300 Buah
- China Terbitkan Kertas Putih “Beidou China Era Baharu”




