- Lain-lain
Kenyataan China Berhubung Penolakan WHA ke-79 Terhadap Usul Berkaitan Taiwan
Jurucakap Kementerian Luar China pada Isnin menyatakan bahawa Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-79 sekali lagi menolak cadangan berkaitan penyertaan Taiwan sebagai pemerhati, sekaligus menjadikan ini sebagai tahun ke-10 berturut-turut cadangan seumpama tidak diterima.
Dilaporkan Jawatankuasa Am dan sidang pleno WHA ke-79 pada Isnin memutuskan untuk tidak memasukkan cadangan yang dikemukakan beberapa negara berhubung jemputan kepada Taiwan sebagai pemerhati dalam agenda rasmi mesyuarat.
China menegaskan, penyertaan Taiwan dalam organisasi antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mesti dikendalikan berdasarkan prinsip "Satu China" selaras dengan Resolusi 2758 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Resolusi 25.1 WHA.
Tanpa persetujuan kerajaan pusat China, Taiwan tidak mempunyai sebarang asas, alasan atau hak untuk menyertai WHA.
Malah pendirian pihak berkuasa Parti Progresif Demokratik (DPP) Taiwan yang menyokong "kemerdekaan Taiwan" telah menjejaskan asas politik bagi penyertaan wilayah itu dalam WHA.
China juga menegaskan bahawa kerajaan pusat sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan kesihatan rakyat Taiwan dan telah mengatur penyertaan pakar kesihatan Taiwan dalam aktiviti teknikal WHO di bawah prinsip "Satu China".
Sepanjang tahun lalu, kerajaan China telah meluluskan penyertaan seramai 18 orang pakar perubatan dan teknikal dari Taiwan dalam pelbagai aktiviti teknikal WHO, meliputi bidang seperti strategi imunisasi, pembangunan vaksin, kesihatan mental dan kesihatan digital.
Tindakan kerajaan China dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan kesihatan yang menjadi perhatian rakyat Taiwan adalah ikhlas.
Malah saluran komunikasi dan kerjasama untuk penyertaan Taiwan dalam bidang perubatan dan teknikal WHO adalah mencukupi dan lancar, dan hak kesihatan rakyat Taiwan adalah terjamin.
Tidak kira apa yang dikatakan atau dilakukan pihak berkuasa DPP, ia tidak akan mengubah hakikat bahawa kedua-dua belah Selat Taiwan adalah milik satu China dan Taiwan adalah sebahagian daripada China.
Ia juga tidak akan dapat menghalang sejarah bahawa China akhirnya akan bersatu dan pasti akan bersatu.
"Kemerdekaan Taiwan" adalah satu usaha yang sia-sia, dan provokasi untuk mencapai "kemerdekaan" pasti gagal.
- Cubaan Lai Takkan Ubah Fakta Taiwan Sebahagian Wilayah China - MFA
- China Putuskan Tolak Penyertaan Taiwan dalam WHA
- Pandangan Satu Pihak AS Takkan Goyangkan Prinsip "Satu China"
- Menteri Luar China Tegaskan Pemeliharaan Orde Antarabangsa Pasca Perang, Penyatuan Semula China
- Britain Digesa Berhati-hati dalam Isu Taiwan
- G7 Diseru Junjung Prinsip Satu China
- China Bantah 'Transit' Tsai Ing-wen di AS
- Berdegil Temu Tsai Ing-wen, Speaker Dewan Perwakilan AS Dibidas
- AS Sepatutnya Bertindak Sehaluan dengan China, Pulihkan Hubungan Sihat
- Prinsip Satu China Tidak Boleh Digoyahkan




