Hari Antarabangsa untuk Dialog Antara Tamadun Disambut di Organisasi PBB

(CRI)Jumaat 12 Jun 2026

Hari Antarabangsa untuk Dialog Antara Tamadun disambut di organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Vienna dan Paris, pada Rabu.

Misi Tetap China ke PBB menganjurkan aktiviti bertemakan “meneroka laluan baharu pertukaran antara tamadun, menulis bab baharu untuk tadbir urus global” di ibu pejabat PBB di New York, disertai kira-kira 300 wakil kanan dari pelbagai negara dan pegawai PBB.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dalam ucapan bertulisnya mengatakan bahawa pelbagai negara harus meningkatkan kolaborasi melalui dialog antara tamadun bagi mendorong pembinaan dunia yang lebih adil dan aman.

Di samping itu, pelbagai pihak juga memuji Inisiatif Peradaban Global yang dikemukakan China serta sumbangannya bagi mempromosikan dialog antara tamadun.

Menurut mereka, masyarakat antarabangsa perlu membulatkan suara dan bersinergi untuk membina masa depan yang lebih indah.

Perhimpunan Agung PBB pada Jun 2024 meluluskan resolusi yang dikemukakan oleh China untuk menetapkan tarikh 10 Jun setiap tahun sebagai “Hari Antarabangsa untuk Dialog Antara Tamadun”.

Video

Berita Berkaitan