18 Projek Sumber Tenaga Bernilai RMB25.7 Bilion Ditandatangani Sempena Ekspo Asia Selatan ke-10

(CRI)Isnin 15 Jun 2026

Menurut makluman dari Jawatankuasa Eksekutif Ekspo China-Asia Selatan, satu majlis menandatangani projek telah diadakan di Dewan Tenaga Hijau semalam. Sebanyak 18 projek yang bernilai melebihi RMB25.7 bilion (RM15.4 bilion) yang termeterai, melibatkan bidang tenaga angin, tenaga suria, pembangunan stesen janakuasa dengan simpanan air yang dipam dan kerjasama tenaga rentas sempadan.

Dalam pada itu, kerjasama tenaga rentas sempadan menjadi tumpuan utama. Projek Solar berkapasiti 100MW di provinsi Bokeo, Laos dan kerjasama pembekalan peralatan turbin angin untuk projek tenaga angin CGN Fasa Kedua di Laos telah ditandatangani secara berturut-turut.

Video

Berita Berkaitan