Presiden Mongolia Terima Kunjungan Wang Yi

(CRI)Ahad 14 Jun 2026

Presiden Mongolia Batmunkh Battsetseg menerima kunjungan Menteri Luar China, Wang Yi di Ulan Bator pada Sabtu.

Batmunkh Battsetseg menyatakan, Mongolia sentiasa menjadikan China, jiran baik bagi negaranya sejak sekian lama sebagai keutamaan dalam dasar diplomatik. Mongolia konsisten dalam mengamalkan prinsip Satu China, tidak menyokong "kemerdekaan Taiwan" dalam apa jua bentuk, dan menekankan isu-isu melibatkan Hong Kong, Xizang dan Xinjiang merupakan urusan domestik China.

"Mongolia tidak akan beralasan hubungan dengan negara lain, melakukan perkara apa-apa pun yang boleh menjadikan kepentingan China terjejas. Negara kami giat menyokong inisiatif yang dikemukakan oleh Presiden China Xi Jinping, dan bersedia bekerjasama dengan China dalam menangani hal ehwal antarabangsa," kata Presiden Batmunkh Battsetseg.

Sementara itu, Wang Yi yang juga merupakan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata, China bersedia meningkatkan perpaduan dan koordinasi dengan Mongolia yang dilihat sebagai satu keutamaan dalam diplomasi kejiranan, melalui pelbagai platform multilateralisme seperti kerjasama China-Rusia-Mongolia dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), serta bersama-sama meningkatkan solidariti dengan negara-negara Selatan demi pembinaan sistem tabir urus global yang lebih adil dan munasabah.

Video

Berita Berkaitan