- Lain-lain
Georgia Sedia Belajar Pengalaman Pembangunan China: Speaker Parlimen

China berjaya mencapai pembangunan pesat melalui perancangan jangka panjang, sekali gus menjadi model yang dicontohi negara-negara lain untuk merealisasikan transformasi.
Demikian dinyatakan Speaker Parlimen Georgia Shalva Papuashvili dalam satu temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG).
Beliau berkata sebagai negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Georgia akan memanfaatkan kedudukan sebagai hab logistik Eurasia untuk memperkukuh kerjasama dengan China dalam bidang logistik, infrastruktur dan perdagangan.
Menyentuh mengenai aspek perundangan, Papuashvili berkata pencapaian China dalam bidang berkenaan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan membantu menjana pembangunan ekonomi.
Beliau menghargai dasar luar damai yang diamalkan China serta konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Menurut beliau, Georgia merancang untuk membangunkan universiti hal ehwal luar dan berharap dapat menimba pengalaman China dalam memupuk bakat diplomasi.
Papuashvili mengetuai delegasi Georgia dalam rangka lawatan ke China dari 18 hingga 20 Mei sempena ulang tahun ke-34 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.




