Pendirian PM Jepun Berhubung "Tiga Prinsip Tanpa Nuklear" Tidak Jelas

(CRI)Isnin 10 Ogos 2026

Majlis memperingati ulang tahun ke-81 pengeboman atom di Nagasaki, Jepun telah diadakan di Taman Memorial Keamanan Nagasaki pada Ahad.

Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi ketika berucap pada majlis itu hanya memberikan kenyataan yang samar mengenai "Tiga Prinsip Tanpa Nuklear", tanpa menyatakan dengan jelas bahawa adakah Jepun akan terus mematuhi prinsip tersebut.

Ini kerana, kenyataan Takaichi pada hari itu mengenai "Tiga Prinsip Tanpa Nuklear" sekadar mengulangi kenyataan yang pernah beliau sampaikan semasa berucap di majlis memperingati ulang tahun ke-81 pengeboman atom di Hiroshima pada 6 Ogos lalu.

Ketika itu, Takaichi hanya menyebut bahawa "Jepun pada masa ini mematuhi Tiga Prinsip Tanpa Nuklear", namun penggunaan ayatnya berbeza berbanding Perdana Menteri Jepun sebelum ini, malah beliau juga tidak menyatakan dengan jelas bahawa Jepun akan terus mematuhi prinsip tersebut.

Video

Berita Berkaitan