China Atasi AS, Julung Kali Duduki Tangga Pertama Perbelanjaan R&D Global

(CRI)Rabu 12 Ogos 2026

China buat julung kalinya menduduki tempat pertama dalam perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di peringkat global.

Lebih istimewa jumlah keseluruhan pelaburan R&D yang dilakukan syarikat dan universiti di China dilaporkan melebihi Amerika Syarikat (AS), menurut laporan yang memetik Nikkei Jepun.

Berdasarkan Indikator Sains dan Teknologi 2026 yang disiarkan Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi (MEXT) Jepun, perbelanjaan R&D China mencecah 97.1 trilion yen (RM2.49 trilion) pada 2024, naik 13.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jumlah itu mengatasi AS yang mencatat 95.3 trilion yen (RM2.45 trilion).

Laporan itu menyatakan, China menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dalam pelaburan R&D bagi industri pembuatan komputer, elektronik dan produk optik.

Syarikat perunding AS, Rhodium Group yang beribu pejabat di New York dalam satu laporan mengatakan, China kini mendahului AS dalam bidang bahan mentah utama, tenaga serta model kecerdasan buatan (AI).

"Kelemahan China adalah dalam pembuatan cip, tetapi jurang antara kedua-dua pihak dalam bidang tersebut adalah sangat kecil," ujarnya.

Video

Berita Berkaitan