- Lain-lain
Kemboja, Thailand Diharap Bertindak Sehaluan Selesaikan Konflik secara Aman- MFA
Kemboja dan Thailand diharap dapat bertindak sehaluan dalam menyelesaikan pertikaian sempadan secara aman menerusi rundingan muhibah.
Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media di Beijing pada Rabu berkata, China sentiasa berusaha menggerakkan rundingan damai melalui caranya sendiri dan menggalakkan kedua-dua negara untuk mencapai gencatan senjata secepat mungkin serta menyambung semula hubungan dua hala.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai laporan media tentang kerjasama aset ketenteraan antara China dan Kemboja, Guo berkata, kerjasama antara China dengan Kemboja dan Thailand tidak menyasarkan pihak ketiga, juga tidak ada kaitan dengan konflik sempadan antara Kemboja dan Thailand.
Guo mengulangi pendirian bahawa China, Kemboja, dan Thailand merupakan negara jiran yang baik antara satu sama lain, dan kerjasama berkenaan dilakukan secara normal.
Tambah beliau, China bersedia untuk terus memainkan peranan konstruktif dalam mendorong rundingan damai Kemboja-Thailand.
- Dialog Trek II China-Kemboja-Thailand Berlangsung di Beijing
- Kemboja Sekali Lagi Cadangkan Sesi Khas JBC
- Mesyuarat Menteri Luar China-Thailand-Kemboja Berlangsung di Yuxi
- China Hantar Bantuan Kemanusiaan kepada Kemboja
- China Sambut Baik Gencatan Senjata Thailand, Kemboja
- China Alu-alukan Pengumuman Bersama Gencatan Senjata Kemboja-Thailand
- Menteri Luar Kemboja, Thailand akan Adakan Rundingan di Yunnan di Bawah pengantaraan China
- Utusan Khas China Lakukan Diplomasi Ulang Alik bagi Redakan Konflik di Sempadan Kemboja-Thailand
- China Seru Kemboja, Thailand Henti Pertempuran, Pulihkan Keamanan
- China Gesa Kemboja, Thailand Henti Pertempuran dan Pulihkan Kepercayaan




