China Seru Masyarakat Antarabangsa Bendung Keganasan dalam Konflik Palestin-Israel

(CRI)Khamis 13 Ogos 2026

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong ketika berucap dalam mesyuarat tergempar terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Palestin-Israel, menggesa masyarakat antarabangsa mengambil langkah menyeluruh untuk membendung konflik dan keganasan.

Fu berkata, China amat bimbang terhadap peningkatan ketegangan di wilayah Palestin yang diduduki sejak akhir-akhir ini, dan amat berdukacita melihat jumlah korban awam yang terus meningkat akibat keganasan.

Beliau menegaskan bahawa dalam keadaan ketidakstabilan serantau yang semakin meruncing, isu Palestin tidak boleh diabaikan atau dipinggirkan.

Menurut beliau, keadaan di Tebing Barat kini mengalami peningkatan ketegangan yang berbahaya.

Justeru Israel perlu menghentikan penempatan, membendung keganasan yang dilakukan peneroka serta memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya.

Fu berkata, China akan sentiasa menyokong perjuangan adil Palestin untuk mendapatkan hak dan kepentingan sah negara, berusaha mendorong penamatan penderitaan rakyat Palestin secepat mungkin dan menyumbang kepada pemulihan kestabilan serantau serta keamanan rakyat.

Video

Berita Berkaitan