Jualan NEV Mewakili 60 Peratus di Pasaran China pada Julai

(CRI)Khamis 13 Ogos 2026

Jualan kenderaan tenaga baharu (NEV) pada Julai secara julung kalinya melebihi 60 peratus daripada jualan kereta baharu di seluruh China, sementara jualan NEV dalam tujuh bulan pertama tahun ini turut melebihi 50 peratus.

Pada bulan Julai semata-mata, pengeluaran dan jualan NEV masing-masing berjumlah 1.57 juta dan 1.56 juta unit, menokok 26.8 dan 23.7 tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM), pada Rabu.

Dalam tujuh bulan pertama tahun 2026, jumlah pengeluaran dan jualan NEV di China masing-masing mencatat 9.01 juta dan 9 juta unit, meningkat 10 peratus tahun ke tahun.

Pada masa sama, eksport NEV China juga mengekalkan momentum kuat dengan mencatat 1.04 juta unit pada Julai, naik 81.3 tahun ke tahun.

Pegawai CAAM menjelaskan bahawa peningkatan jualan NEV tersebut berkaitan dengan dasar rangsangan di negara ini, serta daya saing produk yang unggul seperti kepintaran dan jarak tempuh kenderaan.

Video

Berita Berkaitan