- Lain-lain
C919 China Mulakan Penerbangan Antarabangsa Berjadual ke Mongolia

Penerbangan Air China CA723 yang dikendalikan pesawat penumpang besar buatan China C919 mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Genghis Khan Baharu di Mongolia pada pukul 4.58 petang Rabu.

Pihak Mongolia turut mengadakan sambutan khas sempena penerbangan sulung C919, termasuk sambutanwater salute.
Menteri Pengangkutan Mongolia, Borkhuu Delgersaikhan dan Ketua Pengarah Penerbangan Awam Mongolia, Erdene-Ochir Turbayar turut hadir menyambut ketibaan pesawat tersebut.
Penerbangan dari Beijing ke Ulaanbaatar itu merupakan kali pertama C919 digunakan untuk mengendalikan laluan penumpang antarabangsa berjadual secara tetap sejak mula beroperasi secara komersial.

Untuk rekod, C919 menjayakan penerbangan komersial pertama pada 28 Mei 2023.
Sehingga 10 Ogos, pesawat terbabit yang dioperasikan oleh Air China, China Eastern Airlines, dan China Southern Airlines telah membuka sebanyak 57 laluan menghubungkan 25 bandar, dan berjaya membawa lebih 7.5 juta penumpang dengan selamat.
- Pesawat C919 Mulakan Operasi Laluan Antarabangsa Berjadual
- Pesawat Pertama C919 Varian Altitud Tinggi Selesai Ujian Penerbangan Sulung
- Pesawat C919 Bakal Kendalikan Laluan Antarabangsa Pertama
- Hospital Pesawat China Tawar Perubatan Percuma di Laos
- Pesawat C919 Kesembilan China Southern Airlines Mula Beroperasi
- Pesawat C919, C909 tampil di Pertunjukan Udara Singapura 2026
- Pesawat C919 Berkhidmat untuk Laluan Guangzhou-Nanjing
- C919 Mulakan Perkhidmatan Komersial di Dataran Tinggi
- Pertunjukan Udara Dubai 2025 Buka Tirai, C919 China Buat Kemunculan Sulung di Timur Tengah
- Pesawat C919 Tiba di UAE, Sertai Pertunjukan Udara Dubai 2025




