Kutipan Pecah Panggung Musim Panas 2026 Cecah RMB9.2 Bilion

(CRI)Jumaat 14 Ogos 2026

Kutipan tiket filem di seluruh China sepanjang musim panas (dari Jun hingga Ogos) kini mencecah RMB9.2 bilion (RM5.58 bilion), menurut data terkini dari platform dalam talian.

Lebih 120 filem tempatan dan antarabangsa ditayangkan secara berperingkat sepanjang tempoh tersebut.

Lebih istimewa, pernah merekodkan kutipan harian melebihi RMB100 juta (RM61 juta) selama 34 hari berturut-turut.

Menurut data, harga tiket bagi musim panas turun kepada RMB36.3 (RM22) secara purata, susut 3.2 peratus berbanding tahun lalu dan merupakan paras terendah dalam tempoh hampir lima tahun, sekaligus mengurangkan kos menonton dalam kalangan penonton.

Setakat 13 Ogos, jumlah tayangan filem direkodkan mencapai lebih 32.2 juta sesi, dan penonton pula mencecah 250 juta orang, sekali gus mencipta rekod tertinggi dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Industri filem China kini mencatat nilai keluaran keseluruhan rantaian industri melebihi RMB390 bilion (RM236.34 bilion), manakala konsep "Filem+" turut membantu merangsang penggunaan dalam sektor pelancongan dan budaya secara lebih meluas.

Video

Berita Berkaitan