- Lain-lain
'Perkhidmatan China' Pacu Pertumbuhan Dagangan Global

Sektor perdagangan perkhidmatan semakin menjadi enjin penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dunia.
Data menunjukkan nilai tambah sektor berkenaan menyumbang 65 peratus kepada agregat ekonomi global, dan mencatatkan lebih satu perempat daripada jumlah perdagangan global.
Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS)2026 yangberlangsung pada minggu lalu telah mencatat pencapaian yang memberangsangkan, dengan menarik penyertaan 90 negara dan organisasi antarabangsa, selain kehadiran lebih400 syarikat tersenarai dalam Fortune Global 500 dan syarikat peneraju sektor berkenaan.
Bahkan sebanyak 1,200 hasil berjaya dicapai sepanjang penganjuran CIFTIS 2026.
Kaunselor Perdagangan Kedutaan Besar Norwayke China, Henning Kristoffersenberpendapat bahawa perdagangan perkhidmatan China yang semakin berkualiti akan terus merangsang permintaan perkhidmatan domestik, sekali gus membuka peluang baharu kepada syarikat pelbagai negara termasuk Norway.

Sebagai negara kedua terbesar dalam perdagangan perkhidmatan, China mempunyai perkhidmatan yang semakin meningkat dari segi nilai dan inovasi.
Dalam tujuh bulan pertama tahun ini, nilai import dan eksport perkhidmatan China meningkat 8.3peratustahun ke tahun, antaranya eksport perkhidmatan intensif pengetahuan menyumbang 53.5peratusdaripada jumlah keseluruhan eksport perkhidmatan.
Untuk lima tahun seterusnya, China akan terus mengembangkan akses pasaran dan bidang keterbukaan dengan memberi tumpuan kepada sektor perkhidmatan.
Eksekutif kanan beberapa syarikat asing turut menyatakan keyakinan bahawaChina akan membuka lebih banyak sektor kepada pelabur asing, sekali gus menyediakan peluang baharu bagi syarikat asing untuk berkembang di negara Tembok Besar.
Menurut pelan tindakan kerajaan China, skala sektor perdagangan perkhidmatan China akan mencecah 100 trilion yuan (RM60.71 trilion) menjelang 2030 dengan lebih banyak jenama 'Perkhidmatan China' dibangunkan.
- CIFTIS 2026 Melabuhkan Tirai
- Elemen Etnik Terserlah di Pentas CIFTIS
- CIFTIS 2026: Guangxi Kali Pertama Jadi Tamu, Pandang ke ASEAN
- Ding Xuexiang Hadiri Sidang Kemuncak Perdagangan Perkhidmatan Global 2026
- Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China 2026 BukaTirai
- Lebih 60 Negara dan Organisasi Antarabangsa Terdaftar untuk CIFTIS 2026
- Perkasa Kerjasama Sektor Perdagangan Perkhidmatan: Naib PM China
- Hampir 70 Negara dan Organisasi Antarabangsa Tunjuk Minat Sertai CIFTIS 2025
- CIFTIS 2024 Bakal Diadakan di Beijing Sebulan Lagi
- Pameran "Artifak, Kreativiti, Kehidupan" Disambut Baik di CIFTIS




