- Lain-lain
Menteri Luar China, Brunei Bertukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-35 Hubungan Diplomatik
Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Brunei Darussalam, Putera Pengiran Muda Abdul Mateen bertukar ucapan tahniah pada Rabu, sempena sambutan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Wang Yi dalam perutusan tahniahnya menyatakan China dan Brunei merupakan jiran yang bersahabat sejak sekian lama. Pada Februari tahun lepas, pemimpin tertinggi kedua-dua negara mencapai konsensus mengenai pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Brunei, sekali gus membuka lembaran baharu bagi prospek hubungan dua hala yang lebih meluas.
"Saya bersedia bersama Putera Mateen untuk mengambil peluang sempena ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik untuk melaksanakan konsensus pemimpin tertinggi kedua-dua negara, mengekalkan koordinasi dan penyelarasan dalam isu-isu serantau dan antarabangsa untuk menggalakkan komuniti berkongsi nasib China-Brunei ke tahap lebih tinggi," ujar Wang.
Putera Abdul Mateen dalam perutusannya menyatakan, sejak penjalinan hubungan diplomatik Brunei-China pada 35 tahun yang lalu, kedua-dua negara mengekalkan pertukaran lawatan yang rapat, menggalakkan kerjasama strategik berasaskan kepentingan bersama.
Kedua-dua pihak mempertunjukkan tekad untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang-bidang yang meluas termasuk ekonomi dan perdagangan, pertahanan, kecerdasan buatan (AI) dan pertukaran kalangan rakyat.
"Saya bersedia berusaha bersama dengan Tuan Menteri Luar Wang Yi untuk meneruskan usaha membina komuniti berkongsi nasib Brunei-China demi wawasan pembangunan bersama kedua-dua negara," ujar Putera Mateen.
- Xi, Sultan Hassanal Bertukar Ucapan Tahniah Sempena 35 Tahun Hubungan Diplomatik China-Brunei
- Armada Tentera Laut China Tiba di Brunei untuk Lawatan
- China, Brunei Dikehendaki Tingkatkan Komunikasi dan Eratkan Kerjasama - Xi
- Xi Terima Kunjungan Putera Mahkota Brunei
- Putera Mahkota Brunei Dijadual Melawat China
- Robot Manusia dari China Tampil pada Sambutan Hari Raya Brunei
- Xi Ucap Tahniah atas Ulang Tahun ke-42 Kemerdekaan Brunei
- Menteri Luar China, Brunei Darussalam Adakan Mesyuarat
- Menteri Luar Negeri II Brunei Lawat China Mulai Hari Ini
- Teknologi China Bantu Brunei Tingkatkan Pengeluaran Pertanian




