China, EU Komited Perkukuh Hubungan Ekonomi dan Perdagangan yang Stabil dan Seimbang

(CRI)Sabtu 10 Oktober 2026

China menzahirkan komitmen yang berterusan untuk mengutamakan dan memperkukuh hubungan ekonomi serta perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU).

Perkara itu dinyatakan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), He Lifeng ketika mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Perdagangan dan Keselamatan Ekonomi EU, Maros Sefcovic di Beijing pada Jumaat.

Dalam pertemuan itu kedua-dua pihak saling bertukar pandangan mengenai hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dan blok Eropah berkenaan.

He yang juga Naib Perdana Menteri China menyatakan bahawa Beijing bersedia untuk bekerjasama dengan EU bagi melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua pihak sebelum ini.

"Kita perlu mempertahankan kedudukan baharu ini dalam mengekalkan hubungan rakan dagang utama yang stabil dan seimbang, di samping meneruskan dialog serta menangani perbezaan secara bijaksana demi memacu pembangunan ekonomi dua hala yang sihat" ujar He.

Sementara itu Sefcovic menyatakan bahawa China merupakan rakan kerjasama ekonomi dan perdagangan penting bagi EU, justeru katanya EU komited untuk terus mengekalkan rundingan perdagangan dan pelaburan, memperkukuh komunikasi serta menggalakkan kerjasama dua hala.

Video

Berita Berkaitan