China, EU Lancar Mekanisme Perundingan Perdagangan dan Pelaburan

(CRI)Sabtu 10 Oktober 2026

Menteri Perdagangan China, Wang Wentao dan Pesuruhjaya Perdagangan dan Keselamatan Ekonomi Kesatuan Eropah (EU), Maros Sefcovic, bersama-sama mempengerusikan Mesyuarat Berkala Kedua Mekanisme Perundingan Perdagangan dan Pelaburan China-EU di Beijing pada 8 dan 9 Oktober.

Dalam mesyuarat tersebut, kedua-dua pihak mengulangi komitmen mereka untuk bersama-sama menyelesaikan kebimbangan masing-masing dalam sektor kawalan eksport.

Blok Eropah turut menyatakan kesediaan untuk terus memacu kemajuan berhubung kes-kes penting membabitkan barangan dwi-guna dari China.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan kemungkinan untuk melaksanakan langkah-langkah kemudahan bersama bagi memantapkan lagi perdagangan patuh undang-undang bagi barangan dwi-guna antara China dan EU.

Video

Berita Berkaitan