Wang Yi Dijadual Hadiri Sidang Kemuncak Ketujuh CICA di Azerbaijan

(CRI)Isnin 12 Oktober 2026

Menteri Luar China Wang Yi akan menghadiri Sidang Kemuncak Ketujuh Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) yang dijadual berlangsung di Baku, Azerbaijan pada 15 Oktober.

Jurucakap Kementerian Luar China memaklumkan, Wang menghadiri sidang kemuncak itu sebagai utusan khas Presiden Xi Jinping.

Beliau juga dijadual mengadakan lawatan ke Azerbaijan, Croatia, Montenegro dan Bulgaria dari 14 hingga 20 Oktober.

Video

Berita Berkaitan