Mesyuarat Tahunan IMF, Bank Dunia Berlangsung di Bangkok

(CRI)Isnin 12 Oktober 2026

Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia secara rasmi membuka tirai di Bangkok, Thailand pada Isnin.

Mesyuarat itu dijadual berlangsung selama tujuh hari iaitu dari 12 hingga 18 Oktober, dengan menghimpunkan lebih 15,000 perwakilan dari 191 negara dan wilayah.

Sepanjang tempoh tersebut, wakil-wakil IMF dan Bank Dunia akan mengadakan perbincangan mendalam mengenai isu-isu berkaitan penyelarasan dasar ekonomi global serta kerjasama pembangunan di peringkat antarabangsa.

Acara berkenaan juga akan menyaksikan pelancaran beberapa laporan ekonomi utama termasuk Laporan Tinjauan Ekonomi Dunia dan Laporan Kestabilan Kewangan Global.

Video

Berita Berkaitan