- Lain-lain
China, Vietnam Komited Terus Mantapkan Hubungan, Perkasa Kerjasama Pelbagai Bidang

China bersedia bersinergi dengan Vietnam bagi memajukan kerjasama bilateral yang saling menguntungkan dalam pelbagai bidang demi pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam, dengan mengikuti panduan strategik pemimpin tertinggi Parti dan negara kedua-dua pihak, serta enam matlamat keseluruhan, iaitu "membina rasa saling percaya antara negara, mengukuhkan kerjasama keselamatan, memperkasa kerjasama dalam bidang yang substantif, menjana impak sosial yang kondusif, meningkatkan koordinasi pelbagai hala, dan menangani perselisihan dengan berhemah".
Demikian ujar Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) Wang Huning ketika bertemu dengan Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan Vietnam, Tran Thanh Man di Beijing pada Ahad.
Wang berkata, Presiden China, Xi Jinping mengekalkan komunikasi strategik yang rapat dengan Presiden Vietnam, To Lam pada beberapa tahun kebelakangan ini.
Kedua-dua pemimpin bekerjasama menggerakkan hubungan China-Vietnam terus maju ke hadapan tatkala dunia mengalami perubahan yang tidak pernah berlaku dalam seabad lalu.
Wang menunjukkan, CPPCC ingin memperkasakan pertukaran dan kerjasama dengan Vietnam, yang dipercayai kondusif bagi usaha pemodenan di negara masing-masing.
Sementara itu, Tran Thanh Man menyatakan bahawa di bawah pimpinan strategik pemimpin tertinggi kedua-dua pihak, hubungan Vietnam-China terus berkembang mantap. Kerjasama kedua-dua negara juga semakin produktif berdasarkan rasa saling percaya, sokongan rakyat dan perekonomian yang kukuh.
Beliau turut mengucapkan tahniah atas pencapaian besar yang dilakar oleh China, sambil mengulangi pendirian negaranya yang berpegang teguh pada dasar Satu China.
Beliau menzahirkan kesediaan Perhimpunan Kebangsaan Vietnam untuk mempererat pertukaran persahabatan dengan pelbagai lapisan masyarakat China, demi memacu pembinaan komuniti berkongsi nasib Vietnam-China.
- Kapal Frigat Tentera Laut Vietnam Lakukan Kunjungan ke Guangzhou
- Armada Tentera Laut China Tiba di Vietnam untuk Lawatan
- Laluan Tren Kargo Terus Dataran Tinggi Qinghai-Xizang ke Vietnam Beroperasi
- China Saksikan Peningkatan Pelancong dari Korea Selatan, Vietnam
- Perkongsian Ekonomi Rancak, Pengerat Hubungan China-Vietnam
- Presiden Vietnam Teruskan Lawatan di China
- Peng Liyuan, Isteri Presiden Vietnam Kunjungi NCPA
- Presiden China, Vietnam Saling Bertukar Ucapan Perpisahan
- Xi, To Lam Bertemu Wakil Belia China dan Vietnam
- Xi Bertemu Presiden Vietnam To Lam di Beijing




