‌Menteri Luar China Adakan Perbualan Telefon Positif, Konstruktif dengan Marco Rubio Mengenai Hubungan China-AS

(CRI)Khamis 12 November 2026

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbualan telefon yang positif dan konsdruktif dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio pada Rabu.

Mereka bertukar-tukar pandangan secara mendalam mengenai hubungan dua hala dan pertemuan pemimpin kedua-dua negara.

"Lawatan Presiden China Xi Jinping ke AS pada September lalu diadakan dengan lancar dan berjaya.

"Pemimpin kedua-dua negara bersetuju untuk memperkaya konotasi visi baharu hubungan China-AS, sekali gus memberikan panduan strategik lebih jelas bagi kedua-dua negara untuk mencari model lebih baik untuk mengendalikan hubungan dua hala," kata Wang.

Beliau menyatakan bahawa momentum stabil hubungan China-AS tidak mudah tercapai, dan merupakan pilihan rasional yang dibuat oleh dua kuasa besar berdasarkan kepentingan masing-masing dan bersama.

"China mengekalkan dasar stabil dan konsisten terhadap AS, dan komited mempergiat komunikasi dan kerjasama dengan AS, di samping bersedia merungkai pertikaian dan isu sensitif dengan baik.

"China dan AS juga saling menyokong dalam menganjurkan Sidang Kemuncak APEC dan Sidang Kemuncak G20 2026, serta akan berganding bahu untuk mendorong hubungan konstruktifuntuk kestabilan strategik China-AS dilaksanakan secara efektif dan membuahkan hasil.

Video

Berita Berkaitan