- Lain-lain
Majlis Keselamatan PBB Lanjut Sekatan Terhadap Yaman
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi melanjutkan sekatan terhadap Yaman untuk tempoh setahun lagi sehingga 14 November 2027.
Resolusi bernombor 2140 yang diluluskan pada Khamis itu turut menyaksikan mandat Kumpulan Pakar Jawatankuasa Sekatan Yaman dilanjutkan sehingga 15 Disember 2027.
China turut mengundi menyokong terhadap resolusi berkenaan.
Wakil Tetap China di PBB, Fu Cong berkata Beijing menzahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap konflik yang semakin meruncing di Yaman serta turut menyeru pihak-pihak berkaitan menyelesaikan perbezaan pendapat dan pertikaian melalui dialog dan rundingan.
Menurut Fu, konflik yang berpanjangan di Asia Barat serta perkembangan situasi di Yaman yang semakin meruncing telah menyebabkan ketidakstabilan keamanan yang ketara di rantau berkenaan.
Ujarnya, China menyokong usaha mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan integriti wilayah negara-negara serantau termasuk Yaman dan Arab Saudi, serta menentang sebarang bentuk serangan terhadap orang awam dan kemudahan infrastruktur.
Sehubungan itu, Fu menyeru pihak-pihak berkaitan supaya mengelakkan tindakan yang boleh memburukkan lagi serta mencetuskan peningkatan ketegangan konflik di rantau berkenaan.
- China, PBB Bincang Tindakan Praktikal Tangani Perubahan Iklim Global
- Duta Khas China bagi Hal Ehwal Asia Barat Kunjung Iran
- China Mahu Mainkan Peranan Konstruktif di Asia Barat Melalui Siri Lawatan Utusan
- Iran, Arab Saudi, Turkiye dan Pakistan Komited Adakan Rundingan Berterusan Perkukuh Kestabilan Serantau
- China Teguh Sokong PBB Mainkan Peranan Teras dalam Hal Ehwal Antarabangsa
- China Seru Redakan Ketegangan di Asia Barat
- China Hadiahkan Sampel Tanah Bahagian Tersembunyi Bulan ke Pejabat Vienna PBB
- Menteri Luar China, Kuwait Bincang Kerjasama dan Situasi Rantau Teluk
- China Pamer Hasil Inisiatif Tangani Penggurunan di Persidangan PBB
- Xi Bertemu Guterres di Shanghai




