- Lain-lain
Bank Penjelasan Renminbin Dibuka di Indonesia
Bank Penjelasan Renminbi (Renminbi Clearing Bank) secara rasmi memulakan operasi di Jakarta, Indonesia pada Khamis, dengan Bank of China dilantik sebagai institusi yang mengendalikan perkhidmatan berkenaan.
Majlis perasmian yang berlangsung di Bank Indonesia itu dihadiri kira-kira 100 wakil daripada jabatan kerajaan, perusahaan dan institusi kewangan China dan Indonesia pada hari yang sama.
Gabenor Bank Indonesia, Destry Damayanti semasa berucap berkata pengoperasian bank berkenaan serta penambahbaikan mekanisme transaksi mata wang tempatan membolehkan perusahaan di negara itu menggunakan renminbi secara langsung bagi menyelesaikan urusan perdagangan dengan China.
Ujarnya, langkah berkenaan sekali gus membantu mengurangkan kebergantungan kepada mata wang pihak ketiga, di samping mengekalkan kestabilan kadar pertukaran dan meningkatkan daya tahan ekonomi serantau terhadap sebarang kejutan luaran.
- Duta Indonesia: Kekuatan Terbesar China-Indonesia Terletak pada Rakyat
- Latihan Bersama Antikeganasan China-Indonesia Masuk Fasa Latihan Praktikal
- China, Indonesia Lancar Latihan Bersama Antikeganasan
- China Sokong Indonesia Terjemahkan Kelebihan Sumber kepada Momentum Pembangunan: MFA
- Makin Ramai Pembaca Mandarin, Hubungan Buku China-Indonesia Kembang Maju
- Zhao Leji Bertemu Ketua Majelis Permusyawaratan Rakyat Indonesia
- Wang Yi Terima Kunjungan Pengerusi Majlis Ekonomi Nasional Indonesia
- Macau, Indonesia Mahu Perkasa Kerjasama Praktikal Pelbagai Bidang
- Wang Yi Bertemu Ketua DEN Indonesia
- Prabowo Terima Kunjungan Menteri Luar, Menteri Pertahanan China




